Jenis Topologi
Topologi ialah susunan geometrik
perkakasan (nod) yang boleh dilihat secara fizikal pada rangkaian setempat
(LAN).
Rajah 1.6 Jenis Topologi
Topologi utama ialah:
• Topologi
Bintang (Star Topology)
• Topologi
Cecincin (Ring Topology)
• Topologi Bas (Bus Topology)
• Topologi
Hybrid (Hybrid Topology)
TOPOLOGI BINTANG
Topologi
bintang ialah
topologi di mana semua kabel penyambung dari nod akan masuk ke satu lokasi
pusat, di mana semua akan disambungkan ke peranti yang dikenali sebagai hab.
Rajah 1.7 Topologi Bintang
·
Nod-nod dalam LAN berkomunikasi menerusi hab.
·
Sebagai contoh, komputer B dapat berkomunikasi secara terus dengan
perkakasan lain dalam rangkaian seperti pelayan, pencetak dan komputer A,C dan
D.
TOPOLOGI
CINCIN
Topologi
cincin adalah topologi di mana setiap nod disambungkan dengan dua nod yang lain,
membentuk satu laluan sejajar tunggal untuk penghantaran isyarat terus ke
setiap nod. Data akan melalui dari setiap nod ke setiap nod seterusnya, setiap
laluan nod yang dilalui akan menerima setiap paket data.
Rajah 1.8 Topologi Cincin
·
Penghantaran dan maklumat dilakukan satu arah sahaja (arah jam /
lawan arah jam)
·
Jika sambungan di antara komputer A dan komputer B rosak, komputer
B, C, D dan lain-lain nod tidak akan dapat menerima sebarang maklumat yang
dihantar.
TOPOLOGI BAS
Topologi bas, juga dikenali sebagai bas linear, ialah topologi yang paling mudah. Ia terdiri dari
satu kabel yang dikenali sebagai segmen atau tulang belakang (backbone), yang menyambungkan semua nod
dalam rangkaian ke dalam satu barisan.
Rajah 1.9 Topologi Bas
·
Kelebihan – apabila
talian komputer A rosak, hanya komputer A terjejas.
·
Kekurangan – apabila
tulang belakang rosak, seluruh rangkaian terjejas.
TOPOLOGI HYBRID
Rajah 1.10 Topologi Hybrid
·
Merupakan
gabungan ketiga-tiga jenis topologi utama LAN.
·
Pengguna
mempunyai akses pada sebarang sumber / data yang dikongsi oleh pengguna di
dalam rangkaian.
·
Kebanyakan
sumber di tempatkan di pelayan (server).



No comments:
Post a Comment